Saturday 1 December 2012

Erti Sebuah Persahabatan – Kawan . Teman . Friend . Sahabat .


1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…

9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…

10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…
 


 
Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.

Impian ke Pulau Jeju


Pulau Jeju yang terletak di Korea Selatan merupakan salah satu tempat yang ingin aku lawati. Mungkin ini hanyalah angan-angan tapi mana lar tahu kan seandainya satu hari nanti aku berpeluang untuk menjejakkan kaki aku ke sana..Amin…

Hamparan padang rumput dan bunga, tebing-tebing, gunung, air terjun serta pantai-pantai indah adalah hal-hal yang ingin aku nikmati di sina. Dengan berbagai keunikan dan segudang keindahan yang dimiliki, Pulau Jeju dinobatkan sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia saat ini.

Pulau Jeju atau biasa juga disebut Jejudo adalah pulau vulkanik yang terletak di lepas pantai selatan Korea Selatan, dan berdekatan dengan Jepang. Jeju merupakan pulau terbesar di provinsi terkecil Korea Selatan.

Penduduknya memiliki budaya dan bahasa yang berbeza dari orang-orang daratan Korea yang lainnya. Jumlah penduduk di Pulau Jeju hanya sekitar setengah juta orang.

Kawasan pulau yang luas dengan penduduk yang sedikit ini membuat suasana tempat ini menjadi sepi dan tenang. Sangat sesuai untuk menghabiskan waktu santai.

Apa itu Cinta, Sayang, Suka Dan Minat?



Cinta..

Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.
Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.


Sayang..

Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.

Suka..

Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.



Minat..

Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.

Tetapi kita kena ingat..
 
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”